Thursday 19 December 2013

Luahan

Comel gila budak tu. haha.

Maybe kali ni aku akan cakap pasal luahan yang fail haha, macam pelik je kan tapi taktau kenapa aku nak cakap benda ni. Sebab aku fail kut dalam bab luahkan perasaan dan kalau aku luah orang takkan faham, heh.

Whatsapp -

Aku dah nekad, selagi aku tak cakap bila lagi dia nak tahu kan.

Arif senyum dengan harapan. Telefon di tangan digenggam rapat, mata laju membukak whatsapp kerana ada agenda yang perlu dilakukan. Tangan laju menaip.

''Syifa, I like you. Aku tanak pendam sori sangat''

Dan lepastu dua bulan Arif tak dapat balasan whatsapp. Dan bulan ketiga tu dia pergi jumpa Syifa.

Arif memulakan bicara.

''Are you hating me?''

''Eh, kenapa cakap cmtu?''

''Tak balas pun message whatsapp. I am sorry for that, aku just takleh pendam''

''Whatsapp eh? aku dah uninstall sebab low storage. Kau cakap apa?''

Har har har ( gelak hambar )

Selesema -

Farhan duduk bertentangan dengan Farhana di sebuah kerusi yang agak empuk. Mereka kawan rapat sejak dari keci lagi. 

''Farhana, aku nak cakap sikit ah.'' Farhan memulakan bicara.

''Cakap jelah.'' Farhana menuturkan.

''Kau pernah tak baca buku Syud pasal dua kawan baik tapi salah sorang tu ada perasaan suka kat lagi sorang.''

''Oh, lepastu?'' Farhana mahu mendengar.

''Aku macam dalam buku tu.''

''Hmm?''

''I like you''

Tapi masa Farhan cakap benda tu tiba tiba Farhana bersin. Spoil betul.

''Apa yang kau cakap tadi? Sorry aku bersin.'' Farhana bertanya.

''Errr, tadi aku cakap buku tu best, best kan?''

''Ha'ah best.''

Krik krik krik ( bunyi cengkerik )

Mengantuk -

Aku nak cakap benda ni malam ni jugak. 

''Ain, aku nak cakap sikit.''

''Cakap jelah''

''Aku tengah gembira sekarang, kau tau kenapa?'' Aiman tersenyum.

''Tak tahu, esok ah kau cakap Aiman aku mengantuk doh.''

k. aku tak cakap apa-apa lagi.

Tee hee~

Pelik -

''Aidil, kau anggap aku ni siapa''

''Haaaa?''

''Aidil, aku siapa pada kau?''

''Haha, farah kenapa poyo sangat ni.''

Lalu Aidil menumbuk Farah.

''Eh, tak sengaja sorry sangat.''

Kah kah ni merepek.

***

Dan ini dari aku.

Baqiri meletakkan tangannya di kepala, jiwanya bercelaru. Fikirannya berserabut memikirkan dia perlu berkata ataupun tidak. Dia tidak mahu menanggung risiko sekiranya tidak berjaya.

Allah, bantulah aku.

Baqiri memejam mata rapat, mengingati segala memori.

**

''Mengantuk gila kelas tadi.'' Acap mengeluh.

''Haha kau tiap tiap hari mengantuk, tak payah cakap dah tau.'' Baqiri membalas

Dan kebetulan pulak Ana lalu.

''Baqiri, tengok tu.'' Acap menunjuk kepada syifa dengan sengihan panjang.

''Ha ha ha, tak kelakar la. Dia tak suka aku.''

''Cakap jelah kau seronok haha, aku blah dulu.'' Acap ketawa sambil berlari pulang ke rumah.

Siot punya kawan. Gabra ah camni, macam mana ni adehhh. Kenapa la dia boleh lalu sini.

''Eh Baqiri, hai.'' Ana menegur tiba tiba.

''Err, hai.'' Baqiri membalas tersenyum. Haha, bajet comel je aku.

Ana ketawa. Alahai comelnya.

''Jangan ah senyum macam tu.'' Baqiri berkata.

''Eh, kenapa pulak.''

''Ntah, rasa macam comel.'' Hahaha, apa aku cakap ni. Lepas ni mesti dia marah aku lepastu takkan jumpa selama-lamanya, kutlah.

Ana ketawa lagi. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg. Sebuah kotak dan diberikan kepada Baqiri. ''Okay, nanti bukak tau, nak pergi dah ni. Assalammu'alaikum.

''Wa'alaikumussalam.'' Eh eh eh, pergi macam tu je. Apa yang kau cuba nak sampaikan ni. Cuba cakap terus terang. Baqiri mebuka kotak itu dan terdapat sehelai kertas. Dia membacanya.

Nanti boleh tak lagi sepuluh tahun awak datang rumah saya dengan mak ayah awak. Saya tunggu tau.

Ana.

Dan Akhirnya Baqiri tersenyum sendiri.

***

Aisy, kena jugak ni. Baqiri berlari laju ke rumah Ana. Dan ternyata Ana sedang menunggu di depan pintu dengan mengenakan tudung berwana merah lembut.

''Lambatnya sampai.'' Ana bertanya.

''Solat istikharah, hehe.''

Ana gelak comel.

''Thanks Allah for all this.'' Baqiri dan Ana berkata serentak.

-Tamat-

Haha jangan tanya kenapa cerita ni pelik, aku taktau kenapa otak blank. Rasa nak hempuk je lappy ni gila gila tapi. Nama dan cerita kat atas takde kaitan dengan aku, cuma rekaan. But im still waiting for one person, one person only.

Tapi ada lirik nak bagi. Bukan nak suruh dengar tapi hayati.

---

"Welcome To My Life"

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place,
Like somehow you just don't belong
And no one understands you?
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room
With the radio on turned up so loud
That no one hears you're screaming?

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right


You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was a

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life


''Wheresoever you go, go with all your heart''

Saturday 14 December 2013

Sunyi

Lets it flow. Kata Nadia Khan, terima kasih.

Ini dari hati,
Hati yang Allah beri,
Hingga kini,
Aku masih berdiri,
Di bumi ini,
Di sini.

Allah.

                                                                        *******

Sunyi. Rasa sunyi sangat dan aku tak tahu kenapa. Rasa ni selalu dapat and idk why seriously. Dan tiap tiap malam aku selalu rasa gelisah mcm rasa sedih sgt tapi tak tahu kenapa dan hanya Allah tahu perasaan aku. 

Hati tu Allah yang pegang

Dan kadang kadang bia aku twit aku rasa sedih sgt, ada yang bagi semangat

''aisy. Kuatkan hati.''

''la tahzan . Innallaha ma'aka :)''

Mereka yang bagi semangat, terima kasih. Walaupun aku harap ada sorang yg bagi semangat, seorang yang aku sgt kenal. Walaupun mungkin dia anggap aku mcm takde apa apa. Macam,

Strangers.

Aku harap sangat. Dan mungkin aku nak ckp sgt dan alasan aku takde masa. Walaupun byk sangat masa yang kau ada. Dan aku rasa aku nak sgt ucap benda tu dan lari jauh jauh sebab aku taknak tahu apa kau ckp. Kalau boleh aku taknak jumpa terus.

Damn, still rasa nak menangis.

Menangis je Jausyan, tak salah pun menangis. Allah ada.

Turn back to him, He knows well.

Terima kasih Syaza dan Altun sebab bagi aku semangat walaupun satu ayat.

Assalammu'alaikum. Semoga Allah merahmati.




Tuesday 26 November 2013

Hadiah.

Me, Mak and Abang Nadwan kat Wangsa Walk. Rifhan takde time ni
sbb ada kelas kat UM.

Sebelum ni ada kecoh pasal seorang budak 5A UPSR dapat mini cooper.

dan ramai buat spekulasi pelik-pelik, macam

''Mesti budak tu tak pandai, lepastu bapak dia cabar dia kalau 5A dia dapat mini cooper.''

''Anak dia ni mesti pandai memasakkan.''

Aku tahu yg kedua tu takde kaitan. Tapi ada jugak yg bagi komen negatif.

''Anak dia bukannya boleh bawak kereta, nanti orang lain jugak yang bawak.''

Serta komen yang positif.

''Sekurang-kurangnya anak dia kalau kena marah, nak merajuk luah perasaan boleh masuk kereta tu, pasang air-cond then bukak lagu kuat-kuat. Daripada menangis masuk kereta kancil kau, dah la panas.''

Tapi tak dengar lagi cerita aku. ahaha.

Abang sulung - Nadwan.

Abang aku yang sulung ni mungkin takde kisah menarik pasal tajuk ni kut. Jadi aku tak cerita. 

Abang kedua - Rifhan.

Masa dulu-dulu aku tadika lagi, tah orang cakap yg abang aku ni nakal gila. Masa sekolah rendah dia ada pergi satu tuisyen kat sekolah, dia pergi je mesti kacau budak-budak lain. Cikgu tgh ajar dia menyanyi (suara dia sedap, tak tipu) dia tanya kawan dia dah tgk bola belum. Dan satu masa cikgu tu bagitau mak aku nak berhentikan abang aku ni. Lepastu abang aku berhenti masuk tuisyen lain, dan dia okay. Lepastu dia belajar sungguh-sungguh sebab nak dapatkan keredhaan ibu bapa dan jugak Allah. Kerana berkat kesungguhannya dan nawaitu yang baik, dia pun berjaya dapat 5A (kenapa aku rasa ayat aku mcm poyo gila). Aku pun rasa gila bangga, alhamdulillah. Dan kerana itu, mak aku pun menghadiahkan abang aku -

LIMA CLOUD 9.


Lima A's - So lima cloud 9.


Kenapa mak aku bg cloud 9. sebab mak dengan abang aku tu suka. ahah. dan abang aku suka gila.


Mungkin ada yg akan kata, 


''Setakat cloud 9 aku pun boleh beli. Haha.''

Kau tak tau perasaan bila mak yg bagi. Keberkatan bila mak yg bagi. Abang aku dh jadi alim pun sekarang.

Entah bila aku pulak nak jd. heh.

Aku - Baqiri

Ahah, it's about me right. Aku ni dulu kiranya kalau ada exam, aku akan dapat B dan C untuk subjek sains dan bi, tgk tu aku highlight yg akan tu ahaha. Apa la bodoh sangat aku ni. Lagi satu, aku ni jenis minat keropok Mamee. Semua tau tu apa, aku rasa la, and mak aku pulak tak suka aku makan benda tu jadi aku jarang sangat beli, jarang sangat-sangat. 

Dan pada suatu hari, mak berkata ( aku dulu karangan mantap tau ) .

''Kalau baqiri dapat nombor satu, mak bagi baqiri 15 mamee.''

OMG OMG OMG DAPAT MAMEE KUT KALAU DAPAT NOMBOR SATU.

Alhamdulillah, banyaknya rezeki yg kau limpahkan kepada aku. Tak dapat bayangkan betapa teruja gila aku time tu. dan aku pun berusaha dgn tekun untuk mendapatkan 15 mamee seperti yg dijanjikan. 

Dan masa cikgu nak bg keputusan tu. Dia cakap ah nama sorang-sorang tp nama aku takde jd aku rasa sangat aneh. ( kahkahkah, aneh tu )

''Siapa nama yang cikgu belum panggil lagi, angkat tangan.''

Aku pun angkat tangan

''Siapa yang takde nama tadi dia dapat nombor satu.''

Lepas cikgu cakap mcm tu tiba-tiba automatik keluar lagu kasihan by hujan. Sebenarnya lagu tu takde kaitan pun.

Lepastu aku dapat mamee seperti yg dijanjikan. Sebenarnya aku nak mainan dalam tu je.

Tapi lepastu UPSR four A's and 1 B's. Tapi tak dapat apa-apa tp aku redha, ceh sadis gila.

Sebenarnya, aku taktau hidup aku macam mana tanpa mak, nadwan, rifhan.

Tanpa Abah.

Allah.

                                                                 
                                                                       ********

Ulat 

Ni post tambahan,

Aku duduk dekat KL nak dekat seminggu lebih, lepastu aku pun balik. Mak aku kata bau busuk gila, mula-mula ingat bau sampah tapi rupanya bau tu datang kat peti ais. Rupanya suis tutup, cuba kau bayangkan benda kau letak kat peti ais tu terbiar seminggu lebih tapi tak bukak suis. Mesti akan ada benda hinggap kat makanan tu semua. Amenda?

Ulat.

Lepastu pergi la tanya semua orang dan tak ada yg mengaku. Aku semalam kira tak boleh tidur sebab busuk sangat bau, bau dia kira-kira sedepa daripada pintu masuk rumah tapi kau tak masuk lg, haa mcm tula.

Sebenarnya mak aku rancang nak kemas rumah bila balik ni sebab semak tp terpaksa kena kemas peti ais pulak.

Dan pagi tu aku buat operasi membersihkan semua benda dalam peti ais tu.

Dan aku tak boleh sambung cerita, sebab rasa nak muntah. Kbai.

Assalammu'alaikum.

''Everything is not enough if you kept wanting. You just need to be thankful for the life that Allah give you.''

Monday 14 October 2013

Kenduri

Yang laki pakai baju kuning tu zhahiruddin, perempuan tu Athirah. Zuhair takde kat gambar ni. Kat kereta tu, OMG durian sedap gila. hahaha

Hai.

Aku serius tak tahu kenapa tangan aku kaku ni. Selalu aku bila kat sekolah ada je benda nak update siap dah reka ayat yang gempak gempak. Aku rasa cam eh, diorang ni mesti teruja gila lepas tengok post aku nih. Ceh, konfiden lebih. Sampai depan lappy otak blank tetiba, aku pun bagi la alasan takde ketenangan hati. haha bangang je. Tapi aku ingat aku sorang je camtu, serius. Aku cakap kat orang lain, rupa-rupanya mereka pun senasib dengan aku. Haha.

Okay,

Haritu aku pergi kenduri paksu aku yang tua. Macam tua sangat je, maksu aku pun umur sama dgn abang sulung aku. paksu aku memang bergaya gila time tu dengan spek hitam. aku tak pasti spek tu ori ataupun dia beli kat pasar malam. tapi aku husnuszhon aku sematkan dalam hati yang spek tu harga seratus lebih. dengan seluar dia yang ketat kat bawah. lepastu aku test la spek tu kan, okay bukan aku yang nak test tapi pakcik aku bagi semua pakai and tangkap gambar sorang-sorang, maklumlah photografer kan. walaupun hakikat memang aku ada niat nak pakai pun. lepastu masa diorang suruh aku pakai tu aku rasa macam awkward. tapi lepas aku tengok gambar aku tu.

''Wah hensem gilaaaaaa!''

Mesti korang kata aku bajet kan? haha. Okay apa aku bajet sorang-sorang, aku bukan bagitau orang lain pun.

''Habis yang kau post ni apa?''

Sentap jap, aku rasa kan aku je yang baca post ni. Ntah ada tak orang teringin nak baca, ayat mintak belas kasihan tu.

Dan lepas habis kenduri tu, tak habis lagi cuma tinggal sikit orang je termasuk keluarga saudara-mara tngah sembang kan. Cousin aku ajak aku karaoke, aku pun blank jap. Dah kenapa tiba-tiba ajak karaoke, nak sponsor duit ke, waktu sekarang ni tak dapat harga student tau sebab aku tak outing. Dia pun tunjuk kat satu meja yang ada mic. Muka aku berkaca gila macam orang dapat blackberry Z30 yang baru tu . aku dengan semangatnya memasukkan wayar dan menyanyi dengan penuh merdu. Ceh, merdu la sangat kan. Aku nyanyi lagi bedroom sanctuary tu. aku rasa suara aku sama macam bo tu. tiba-tiba cousin aku lagi satu datang, kira kakak kepada cousin aku yang ajak karaoke tulah. dia pun mengeluarkan kata-kata yang tak membina lansung sambil ketawa.

''Weh, sumbang gila''

Kuaja, dengki cakap la dengki. lepastu aku cakap dia gemuk. ceh, padahal tak gemuk pun. aku kalau nak usik orang semua orang aku cakap gemuk. dia pun gelak je. bila balik sampai je rumah opah dia naik bilik dan tak turun. aku tak rasa apa pun kan. biasala dia datang rumah opah tak turun, turun pun kadang-kadang sebab nak cari link buka twitter. pastu adik dia, zuhail cakap kat aku.

''Abang baqiri, kakak athirah demam.''

''Dah tu, kenapa bagitau?''

''Sebab abang baqiri cakap dia gemuk.''

Haha, amenda la budak ni. Main buat conclusion sendiri je. Hipotesis pun tak cari, eh? Dia ingat kakak dia tu budak-budak ke tacing bila cakap sikit. Aku tahu dia cuba menerangkan dengan sejujurnya tapi bukan betul pun. hahahahahahhahahahaha. Bila diorang balik aku cakap kat sedara aku zhahiruddin tu apa yang zuhail cakap kat aku. Dia pun dengan bangangnya,

''Eh, betullah apa zuhail cakap tu.''

Kahkah, ni lagi sorang. Dah besar pun nak menipu lagi tu. Macamlah aku percaya.

''Aku serius ni. Betullah apa dia cakap tu.''

Eh, takkanlah.

''Haha, aku memain je. Ternganga kau.''

What the.

''Smile is a best medicine, So why so hard for you to give a smile.''

Saturday 14 September 2013

Hidup aku. Cerita aku. Segalanya tentang aku.

Love her. My mom.
                                           

Assalammu'alaikum,

Ni blog pertama yang aku buat dengan bertemakan nama sendiri. Tepuklah sikit. Okay sikit je. Dan ini bermakna telah bermula segala benda merapu yang akan aku post dekat blog ni. Pasal hidup aku, memories aku, perasaan aku, karya aku, luahan aku. eh? and all about me.

You know what. Kadang-kadang ada orang kata hidup diorang bosan. But not me. Dan kadang-kadang ada orang yang tengok kawan dia, tengok orang lain dia akan kata.

''Hidup dia ni mesti bosan gila kan''.

Setiap orang ada cerita masing-masing. Kau kena tahu tu.

Tapi aku sangat pelik bila ada orang kata hidup dia bosan sebab kde awek, takde phone, takde kredit, takde segala-galanya dan dia tak mention pun Islam, iman, kawan, famili, kehidupan yang sedia ada ni. bangang k bangang, get a life bro.

Mungkin ada yang bantah dengan statement aku. Aku nak kesah apa, aku rasa dengan korang rasa lain.

Dan post pertama ni aku taknak cakap panjang-panjang sebab mata ni sumpah mengantuk gila gila tapi. So babai. Assalammu'alaikum.

''We can't be perfect. But we can be better than other people.''