Wednesday 17 December 2014

The day of dramas

chase your dream


Hello guys,

Kepada yang tanya bila nak update, terima kasih. Post ni saya hadiahkan untuk anda. Sebelum ni aku duduk seminggu dekat rumah cousin so agak susah nak update tambah not in mood. Dan aku sebenarnya nak buat cerpen, tengah tulis tapi aku rasa mungkin agak lambat nak siap so aku buat post ni sementara cerpen tu siap.

So dalam masa seminggu tu banyak la jalan gak, yelah kl kan. Masa hari rabu tu aku dengan cousin dengan amar (kawan dia) pergi wangsa walk yela tiket murah hari rabu sebab masa tu nak tengok mockingjay. The heartbreaking is when kau tengok peeta jadi jahat dan dia jadi gila part last uu. Tapi aku taktau pulak julianne moore ada berlakon jadi presiden coin hm lawanya astaghfirullah aku ni bila nak insaf. And the part jennifer lawrence nyanyi lagu hanging tree.

But the most heartbreaking is when kau tengok benda macamni kau rasa sedih sangat, ye tak salah. Tapi salah bila kau tengok umat Islam kena perang kat tempat lain tapi hati tak rasa sedih. harap hati kita tak macam tu.

Lepastu kitorang main boling lak, sebab tak riak nak menang besar aku pun menang dengan mata tipis 1 point dgn amar, zahiruden (cousin) dah confirm ketinggalan jauh HAHAHA. Lepastu kitorang main pool, aku main second time amar main first time zahiruden dah main banyak kali. Jadi sebab dia dah main banyak kali dia pun dengan bajetnya team sorang, aku dgn amar satu team (pool 2 org je sepatutnya yang main). Amar walaupun first time main aku katakan agak hebat la, aku pun apa kurangnya walaupun baru second time haha. Nak ceritanya ada game yang kitorang bantai zahi haaaa tu lah balasan orang yang bajet, ingat orang takleh kalahkan ke.

And drama pun bermula selepas ini,

Lepas main pool kitorang dah nak balik, pakai bas rapidkl la takkan la pakai teksi kan kopak duit beb. So tunggu ada la bas lalu, kitorang masuk then masing masing ada duit besar je. Aku kira ada la syiling rm1.30, so aku bagi dorang dulu sementara dorang nak kira, aku gi la tempat duduk jap. Yeay, amar ada rm1 tapi zahi takde hahahahahahaha pakcik tu pulak takde duit kecik dia tak peduli dia suruh turun suruh pecah duit eh bengang betul aku. Dah la dengan ramai orang lepastu aku kena keluar balik bas hm tsk tsk.

Sebab manusia ni ada sifat malas, jadi kami bertiga pun takde masa nak pecah duit (ada masa sebenarnya). Kitorang tunggu bas lagi dan yes, ada bas datang. Masa pintu tu bukak zahi gi tanya ada duit pecah tak, dan nak tau tak nak tau tak.

Pintu tertutup dengan sendiri, kelihatan orang di dalam bas sedang menahan ketawa.

HAHAHAHAHAHAHAHA BARU PERASAN PAKCIK YANG SAMA.

aku fed up. semua pun fed up. jadi kitorang nak cari teksi lantak la kopak duit pun. so setiap teksi yang lalu semua pun aku lambai macam orang bodoh tapi takde siapa pun lambai balik (i mean takde teksi yang stop). jadi disebabkan aku dah rasa macam high semacam, aku pun lambai kat setiap teksi yang lalu walaupun aku tahu ada orang, kat bas pun aku lambai sampai ada perempuan comel senyum senyum ahahahahahahahahaha. jadi lepas kitorang dapat teksi yang bayarnya pun amar sebab amar sorang bawak duit paling banyak hehe. tapi lepas turun teksi tu tiba tiba jadi macam dalam filem, ada kereta laju lepastu air terpercik kena kitorang, fuh siapa tak bahagia kan.

Oh lupa nak cerita. Sebelum pergi wangsa walk ni aku tanya la zahi duit dia ada berapa. Pfft aku tengok dompet dia ada rm11 like what kau nak buat lawak dengan aku jangan la macamni.

THEN TIBA TIBA DIA GELAK MACAM ORANG NAK MAMPUS.

Dia kata aku silap dompet, dia bagi la dompet dia kat aku. What the cat ada rm3.50 omg apa benda jadah ni.

Tapi esoknya dia berjaya bawak rm20. Alhamdulillah masih boleh hidup.

Lepastu sebelum balik ipoh, abang aku bawak jalan kl fest jap sebab masa tu aku nak cari tune untuk ukulele. Sebab selagi takde tune selagi tu la aku rasa susah nak main.

Tapi kat it still the same yang aku still tak reti main hahahahaha tapi tuner tu agak membantu la. Aku still taktau nak gerak tangan macammana. Aku still takde pick untuk petik gitar. Aku still have no idea macamana nak main benda ni.

Oh ya, dekat rumah ni satu gitar dan satu ukulele. Dua dua aku tak pandai main.

So sesiapa yang pandai main gitar or ukulele i need your help pls pm me via twitter ke instagram ke or else.

Okay result lagi 4 hari aku rasa nak menangis doakan aku yang terbaik, may Allah ease everything. May Allah bless.

''Dont smile like that, you're cute.'' 

Saturday 29 November 2014

Holi-day? No, its horlick.



So its a new post. For a long time fuh. Sebab mungkin not in a mood or malas, emm takdelah malas cuma tak larat haha. Dua minggu holiday baru nak update blog teruk betul aku ni.

Sebenarnya cuti ni aku nak kerja. Hahahaha macam lawak kan tapi sebenarnya tak. Yelah nak cari duit nak beli apa ke tak payah nak susahkan orang lain, kehendak diri sendiri kan baik usaha sendiri. Tapi tulah tak jadi sebab even nak kerja kejap pun at least pun sebulan or lebih aku nak jugak enjoy holiday weh takkan sebulan kerja restoran lepastu terus balik sekolah hm, takkan. Mula mula cadang nak mintak kerja restoran, memang dah nak dapat tapi aku cancel kan haha berapa kali nak cakap.

Tapi balik rumah ni nak buat benda berfaedah sikit. Nak try belajar masak dengan mak sebab sekarang ni pandai masak telur je. Tapi time mak nak masak takde pulak aku nak tengok teruknya aku ni.

Lepastu nak khatam buku lagi haha buku belambak kat rumah ni tapi ada yang tak baca lagi macam let it snow, man and boy, dari klcc ke tanjung malam. Ha lagi satu nak cari buku matluthfi tapi cepas habis stok tsk tsk TAPI VIDEO BARU DIA LAWAK GILA HAHAHAHA PERGI TENGOK.

Lepastu nak kemas rumah hewhew entah betul ke tak hahahahahahaha dari awal tahu kata nak kemas rumah tapi it always be the same tapi yelah barang banyak sangat ee rimas tengok dengan kotak banyak tak bukak lagi. Lepastu nak beli barang baru hm lepastu nak try buat art dekat dinding bilik (okay ini sangat sangat dongeng ye aku dah la tak reti lukis karang lukis buruk kena marah dengan mak haha)

Em yah i ada join satu group whatsapp, and ramai jugak la kenalan baru peh apa skema aku ni. Dan salah sorang ahli baru tu paksa i letak pasal dia. Nama dia shu tapi selalu orang panggil shoe (syu sebenarnya). Hahahaha budak plkn yang mengada tapi pakai spek (um ada kaitan ke mengada dengan spek) tapi yelah baru kenal 3 hari. Syu ni baru kawin lepas spm tak sangka betul i budak plkn sangat expert dalam relationship haha syufiq omg pe aku ni orang lain bukannya faham pun (syu tipu sebenarnya dia tak kawin lagi pun)

Dan dia suka skype dan kuat merapu. Sekian.

Oh, ya. Dan kuat spam sampai whatsapp jadi lagg.

Tapi haritu kan masa aku hang dengan kawan memula nak tengok big hero 6 tapi ramai datang lambat tiket habis so tengok interstellar. Bapak ah tiga jam weh tiga jam nak terlentok aku dalam tu. Nak tengok baymax hm teruk betul diorang ni asal datang lambat takde disiplin ke.

And nak tengok mockingjay, nak tengok apa jadi kat katnis dengan peeta sebab fahim kata peeta kena seksa teruk so dia jadi gila, ada satu part dia cekik katnis sampai muka katnis merah then ada guard negro tak silap pukul dia pakai kayu besbol (bukan kayu besbol) Lepastu yang dia punya designer baju mati tak silap aku lupa la nama dia. HAHAHAHA SPOIL TAK.

Lepastu kan haritu aku ada dapat mimpi sweet dream. Aku mimpi-

Ada sorang laki ni macam hot entah la artis ke apa. Dia panggil sorang perempuan ni. Memang comel gila, pakai tudung. Lepastu dia jalan, aku ingat dia pergi kat laki tu so aku kisah apa kan (aku sangat kisah). Suddenly dia tiba tiba jalan sebelah aku lepastu dia kata.

'Hai yelah dah sombong kan.'

Aku pun macam what aku tak kenal kau.

Tiba tiba dia senyum lepastu cakap

'Memang nak kacau kau pun.'

Aku pun macam gelak la haha okay. Lepastu dia kata (sambil jalan ah ni)

'Kau suka lepak mana?'

Aku cakap ah 'tempat yang tenang tapi tak sunyi'

Dia pun mcm 'kan, sebab kita nak orang kisah pasal kita.'

Oh wow aku memang pandang pelik ah dia masa tu gila ah dia ni peh boleh buat geng dah la comel.

Lepastu dia kata 'youre a good writer.'

Aku 'baca ke blog tu?' (hahaha omg dalam mimpi pun ada orang baca blog aku terharu gila'

Lepastu dia cakap 'Ye baca nak gi mana ni'

Masa tu aku ingat aku nak main boling dengan kawan. Then dia kata dia tak suka tempat yang crowded, dia kata nanti jumpa la bila bila. Dia senyum lagi. Aku masa jalan tu aku pandang dia dari jauh aku cakap la

'Goodluck next year exam' (dia form 4 ke form 2 ni tahun depan exam hahaha)

Dia pun gelak 'Okay.'

Dah la aku taktau nombor dia, any acc dia pe semua aku taktau. srs ke jumpa lain kali. lepastu aku tidur (ni still dalam mimpi tau.) aku bangun macam dah subuh, aku teringat dia, then aku call ajak solat subuh (tu aku pelik camne leh ada nombor dia ni hahahaha.)

Lepastu aku nampak dia pakai telekung. Senyum kat aku. Lepastu terjaga rasanya.

mengarut-gila-tapi-macam-best-haha-whatever

Ha lupa fiq pun suruh cakap pasal dia. Fiq pun suruh cakap pasal dia.

Kepada fiq, tolong jangan gedik dah hahahahahahahahaha l.

Lame jausyan lame.

Dan kepada shaza dan tariq, sorry for being anoyying ye im really sorry have a good holiday.

Kepada bat, terima kasih sebab suka blog ni haha aku sangat terharu.

Dan terima kasih korang sebab jadi kawan untuk dua hari ni. Terima kasih. Just hope there is a another chance for us untuk gelak lagi, gembira sama sama, kan. Dan terima kasih yang tak terkira untuk yang baca blog ni. May Allah bless.

Assalammu'alaikum.

''No one is ugly because they have their own beauty.'' - Jausyan


Saturday 30 August 2014

Freedom


Assalammu'alaikum.

Dah lama tak update blog ni, dah lama sangat ni. Sampai dah ramai yang tanya, eceh bajetnya aku.

Aku tengah update pepagi ni tu nampak semangat sikit haha selalunya tidur sampai tengah hari terlentang macam takde life hari hari kena marah aduh amenda la aku ni teruk betul.

It's merdeka. Yeah, merdeka.

Kenapa tajuk ni? entah, mungkin sebab aku dah takde idea sangat ni. yeah sangat teruk dah lama tak update pun taktau nak cakap apa. Mungkin sebab bukan semua benda kita boleh tulis dengan hujung jari sebab kadang kadang ada something on mind yang kau terlalu exciting sampai tak tau nak describe macam mana, kan? aduh melalut apa aku ni.

Freedom kan? bebas dari penjajah. ceh, bebas dari penjajah 'je'? benda lain tak pun. bebas dengan komputer pun tak, tak pakai lap, phone amenda gadget semua pun nak nangis. tak guna instagram, twitter, fb segala benda sehari pun nak gelabah, serabut konon eleh bebas amendanya. bukan aku eh, aku ni termasuk golongan terkecuali. tengok ni aku dah lama tak update then maknanya aku ni bukan golongan tulah hahahahahahaha tak habis habis.

But today kena cuba senyum. Everyday pun sama. Senyum untuk semua orang, untuk aku even kau tak kenal aku. anggap jelah aku nampak, jadi a happy person for today. everyday dan a happy person dekat akhirat nanti bukannya dekat dunia je semua benda gembira gelak ketawa tapi dekat akhirat nanti orang paling sedih, paling hina, paling menyesal. no takde siapa yang nak.

Setiap seribu orang yang meniti titian sirat, sorang je yang lepas. Sorang.

Yeah, semua orang tahu, semua orang faham tapi bukan semua orang sedar. Like bila ada ustaz or ustazah cakap pasal neraka, neraka itu ini untuk orang yang tak beriman, lawan perintah tuhan bla bla bla.

Semua orang tahu, tapi apa respon pun.

''Kau tahu tak neraka?''

''Neraka ke? Oh tahu.''

See, macam benda benda agama ni neraka, syurga, iman, ibadat, ihsan, kisah kisah nabi, padang mahsyar, Islam ni benda yang kau kena tahu untuk jawab periksa. benda yang kau kena tahu untuk berjaya dalam periksa je, untuk dapat straight A spm, and lepas tu gone macam tu je. seriously what a shitty selfish.

Aku harap apa yang aku tulis ni pun aku dapat sekali. insyaAllah.

Okay habis tajuk merdeka aku nak merapu tajuk lain dah ni hahahahahahahahahaha aku dah kata post aku memang tak pernah tak lari tajuk.

So lepas the last post yang aku update tu, banyak dah khatam novel. Still macam biasa hlovate tetap tak mengecewakan. Tetap buat aku senyum sorang sorang macam orang gila (takdelah gila tapi dia macam angau la sikit) and rodier pun hahahahaha amboi banyaknya buku best. And the fault in our star buat hadiah sempena hari jadi gila nak menangis, thank you syikin :'( - mentang mentang tahu aku suka shailene woodley.

the fault in our start given by syikin
Dan jugak some good movie yang aku dapat tengok macam be with you, cerita jepun apa tah tapi aku ada beli manga dia. Dia cerita pasal satu famili ni, mak dia meninggal.Tapi dalam cerita tu mak dia lawa gila, aduh melalut dah aku ni. Kira bapak dia jelah yang jaga anak dia, bapak dia ni jenis kelam kabut sikit. Anak dia ni suka baca satu buku, buku tu pasal mak yang dah pergi akan datang balik masa musim hujan. Bapak dia ni macam layan jelah. Time musim hujan budak ni dah seronok lari masuk hutan sebab nak cari mak dia, bapak dia ni pun kejarlah dia suruh balik. Tapi mak dia ada situ. jangan tanya macam mana boleh ada, dah nama pun cerita. Tapi mak dia ni hilang ingatan, so diorang nak kembalikan memori mak dia. Tapi mak dia akan pergi balik lepas habis musim hujan, alaaaaaa. beli jela cd dia. tak mahal pun, dalam tujuh puluh ringgit centu la. haha tak mahal tak mahal tak mahal.

Haha the fault in our star ni pun aku tengok filem jugak. Dah nak habis showtime pun still ramai orang sampai kena duduk seat third last. Yang ni malas nak cerita so pergi tengok sendiri. Tapi nak tengok jugak if i stay based on bestselling novel cecelia ahern. Aku ni semua benda rajin nak tengok part belajar kurang rajin pulak.

Aku pun nak jadi penulis. Haha tinggi tak cita cita? Thanks for all support kepada yang cakap kalau aku buat cerita confirm best, pergh siap confirm lagi aku sendiri pun ragu ragu haha.

I want to be a writer, that makes your mind like a rainbow. Insya'Allah.

Tiba tiba otak jem okay bai aku ni memang macam ni entah nanti bila nak update lagi.

Assalammu'alaikum.

''Smile please, i will make you a cup of coffee. Okay?''

Friday 28 March 2014

Random


Assalammu'alaikum

Hahahahahaha aku baru dapat lappy dan kepada peminat yg sudah lama menunggu. Aku gelak je bila baca balik, padahal yg tanya bila nak update berapa orang je. Dan okay aku dah dapat laptop jadi aku nak share benda benda yang aku nak sangat tulis tapi sayang kan aku duduk asrama, duh asal la duduk asrama nak sekolah biasa. Tapi sometimes benda ilham yg dapat tu selalu datang time aku tengah belajar, tengah kacau kawan sebelah mungkin or tetengah malam selalunya. Orang kata bila dapat ilham tulis dulu dekat memana supaya tak hilang tapi tulisan aku tak cantik dan memang takde semangat nak menulis. Aku harap nanti ada orang akan reka benda yang bila dapat ilham dia akan tanya nak simpan atau tak, dan kalau kita kata nak dia terus masuk note, hahahahaha harapan ah.

Yeah kali ni mungkin post aku random kut nak cakap macam macam, takde tema. Lewls tapi sampai hari ni aku still keliru dengan dia? siapa? shailene woodley hahaha tak lawak. Tapi selalunya kalau sesiapa je cakap 'dia' konfem ramai faham. Dan aku harap siapa yang baca ni faham fahamkan lah ye. You know bila jumpa je mesti sengih sengih.

''What? sengih apa kau dah la comel.'' rasa nak je cakap macam tu tp nanti nampak ketara sangat yg aku minat kat dia hahahahaha sekali lagi tak kelakar. Haha dan idk why bila sometimes kau rasa kau macam cuba tak nak harap kan, konon tak pandang apa dan demn sekali lagi bila aku terpandang, omg cantiknya. Tapi dia rapat dengan semua orang dan aku rasa mesti semua orang jatuh cinta, fuh jauh sangat spekulasi aku ni. Dan aku dapat tahu satu benda,

''Crush ni boleh buatkan sorang yang bersemangat ceria jatuh down yang sampai rasa nak demam, rasa nak menangis'' apa ingat laki tak reti nangis ke? dan sungguhlah perasaan aku ni penuh dengan kekeliruan yang berpanjangan heh. Dan kekadang orang down ni dia selalu salahkan crush dia, asal kau buat aku mcm ni. Aku rasa benda tu sangat tak adil, kita yang suka dia kut. Cuba kalau dia tak layan kau lansung lagi kau rasa lonely gila takde siapa layan. Dan bila aku rasa satu benda tu yang aku nak sangat share dengan sesiapa lagi lagi dia. Macam soundcloud yang sedap, vine kelakar or any movie yang best. Kau nak ke dengar? Nak ke  rasa apa yang aku rasa? atau nanti kau ignore je lepastu biar aku cakap sorang sorang hahahaha hambar. dan bila kau buat macam tu aku rasa sangat down, aku pernah rasa sampai nak demam tahu. Aku dengan dia bukan macam redza minhat dgn isteri dia, diorang muka sama itu yang membuatkan mereka sangat sangat comel. Dan aku bukan macam fynn jamal dengan tri hadzir yg kahwin dan dapat anak yg comel bernama arjuna, haha ni lagi terpesong jauh.

I have no idea mcm mana move on. Mungkin aku kena rasa semua benda yang aku buat tu benda yang best, gembira. Makan dengan gembira, tidur dengan gembira, main dengan gembira, mandi dengan gembira, tengok tv dengan gembira even tu drama melayu yang bersambung ataupun sinetron indon yang asyik nak tayang muka dengan effect bunyi yang sangat sangat rasa nak tergelak. Haha gembiralah tu kan rasa nak gelak walaupun sarkastik, yeah sarkastik. Dan aku pun boleh move on dengan jayanya, tak ke?

Dan satu lagi, haritu aku ada tengok cerita divergent. Cerita dia lebih kurang the hunger games. Overall cerita tu sangat best, jalan cerita apa semua. Tapi aku selalu fokus kat Tris. Haha balik rumah terus aku search siapa yang act jadi tris ni. Sebab comel gila nak mampus, ada satu scene tu masa Four dah kena kawal dengan puak Arodite dan time tu dia tak sedar tengah cuba nak bunuh Tris, masa terkam tu Trisy dan capai pistol and hala kat Four. Yah lepas tu apa? Tris terbalikkan pistol dan hala kat dia and cakap.

''Its okay i love you.'' amboi dah la comel. lepastu dia suruh Four pandang dia sebab ada satu test tu dia kata kalau terpaksa bunuh orang tak bersalah kena pandang tempat lain. Dan masa tu four nak pandang tempat lain, Tris suruh pandang dia dan mereka bertentang mata. Apa aku macam pemberita terlebih skema ni hahah. Actually yang act jadi Tris ni Shailene Woodley, lepastu aku search ah semua pasal dia kat google and youtube. Tengok dia kena interview memang buat aku rasa jatuh cinta lagi lagi masa satu sesi signature dengan dia, aku tengok macam mana dia layan fan dia, fuh baik sangat. lagi lagi

- muka dia comel
- suara dia comel
- rambut dia comel
- personaliti dia comel
- life dia penuh dengan kecomelan
- haha semua pun comel

 damn, i fall in love. marry me pls. haha shailene tolong ah masuk Islam dan kahwin dengan saya. kita ubah diri kita dan sama sama menuju ke syurga InsyaAllah.



***

Haritu izzhar ada post dekat twitter gambar puisi tepi jalan - fynn jamal and i was like

''Omg, bila beli woi? aku nak bacaaaaaa. bawak pergi sekolah tau''

Hm, semua yang aku minat buat buku baru, rasa macam nak rompak kedai buku dan ambil semua hahahahahaha konfem takkan berjaya.

Terfaktab, fixi, fynn jamal, ramlee awang murshid, rodier yah semua penulis santai.

Aku taktau kenapa tiba tiba idea stop jadi kosong terus, tadi bukan main banyak. Mungkin sebab aku penat. kut.

Okay lain kali ah entry baru.

p/s; keyword harini ialah - comel

''You know what? My sweet dream is because of your smile.''