Wednesday 17 December 2014

The day of dramas

chase your dream


Hello guys,

Kepada yang tanya bila nak update, terima kasih. Post ni saya hadiahkan untuk anda. Sebelum ni aku duduk seminggu dekat rumah cousin so agak susah nak update tambah not in mood. Dan aku sebenarnya nak buat cerpen, tengah tulis tapi aku rasa mungkin agak lambat nak siap so aku buat post ni sementara cerpen tu siap.

So dalam masa seminggu tu banyak la jalan gak, yelah kl kan. Masa hari rabu tu aku dengan cousin dengan amar (kawan dia) pergi wangsa walk yela tiket murah hari rabu sebab masa tu nak tengok mockingjay. The heartbreaking is when kau tengok peeta jadi jahat dan dia jadi gila part last uu. Tapi aku taktau pulak julianne moore ada berlakon jadi presiden coin hm lawanya astaghfirullah aku ni bila nak insaf. And the part jennifer lawrence nyanyi lagu hanging tree.

But the most heartbreaking is when kau tengok benda macamni kau rasa sedih sangat, ye tak salah. Tapi salah bila kau tengok umat Islam kena perang kat tempat lain tapi hati tak rasa sedih. harap hati kita tak macam tu.

Lepastu kitorang main boling lak, sebab tak riak nak menang besar aku pun menang dengan mata tipis 1 point dgn amar, zahiruden (cousin) dah confirm ketinggalan jauh HAHAHA. Lepastu kitorang main pool, aku main second time amar main first time zahiruden dah main banyak kali. Jadi sebab dia dah main banyak kali dia pun dengan bajetnya team sorang, aku dgn amar satu team (pool 2 org je sepatutnya yang main). Amar walaupun first time main aku katakan agak hebat la, aku pun apa kurangnya walaupun baru second time haha. Nak ceritanya ada game yang kitorang bantai zahi haaaa tu lah balasan orang yang bajet, ingat orang takleh kalahkan ke.

And drama pun bermula selepas ini,

Lepas main pool kitorang dah nak balik, pakai bas rapidkl la takkan la pakai teksi kan kopak duit beb. So tunggu ada la bas lalu, kitorang masuk then masing masing ada duit besar je. Aku kira ada la syiling rm1.30, so aku bagi dorang dulu sementara dorang nak kira, aku gi la tempat duduk jap. Yeay, amar ada rm1 tapi zahi takde hahahahahahaha pakcik tu pulak takde duit kecik dia tak peduli dia suruh turun suruh pecah duit eh bengang betul aku. Dah la dengan ramai orang lepastu aku kena keluar balik bas hm tsk tsk.

Sebab manusia ni ada sifat malas, jadi kami bertiga pun takde masa nak pecah duit (ada masa sebenarnya). Kitorang tunggu bas lagi dan yes, ada bas datang. Masa pintu tu bukak zahi gi tanya ada duit pecah tak, dan nak tau tak nak tau tak.

Pintu tertutup dengan sendiri, kelihatan orang di dalam bas sedang menahan ketawa.

HAHAHAHAHAHAHAHA BARU PERASAN PAKCIK YANG SAMA.

aku fed up. semua pun fed up. jadi kitorang nak cari teksi lantak la kopak duit pun. so setiap teksi yang lalu semua pun aku lambai macam orang bodoh tapi takde siapa pun lambai balik (i mean takde teksi yang stop). jadi disebabkan aku dah rasa macam high semacam, aku pun lambai kat setiap teksi yang lalu walaupun aku tahu ada orang, kat bas pun aku lambai sampai ada perempuan comel senyum senyum ahahahahahahahahaha. jadi lepas kitorang dapat teksi yang bayarnya pun amar sebab amar sorang bawak duit paling banyak hehe. tapi lepas turun teksi tu tiba tiba jadi macam dalam filem, ada kereta laju lepastu air terpercik kena kitorang, fuh siapa tak bahagia kan.

Oh lupa nak cerita. Sebelum pergi wangsa walk ni aku tanya la zahi duit dia ada berapa. Pfft aku tengok dompet dia ada rm11 like what kau nak buat lawak dengan aku jangan la macamni.

THEN TIBA TIBA DIA GELAK MACAM ORANG NAK MAMPUS.

Dia kata aku silap dompet, dia bagi la dompet dia kat aku. What the cat ada rm3.50 omg apa benda jadah ni.

Tapi esoknya dia berjaya bawak rm20. Alhamdulillah masih boleh hidup.

Lepastu sebelum balik ipoh, abang aku bawak jalan kl fest jap sebab masa tu aku nak cari tune untuk ukulele. Sebab selagi takde tune selagi tu la aku rasa susah nak main.

Tapi kat it still the same yang aku still tak reti main hahahahaha tapi tuner tu agak membantu la. Aku still taktau nak gerak tangan macammana. Aku still takde pick untuk petik gitar. Aku still have no idea macamana nak main benda ni.

Oh ya, dekat rumah ni satu gitar dan satu ukulele. Dua dua aku tak pandai main.

So sesiapa yang pandai main gitar or ukulele i need your help pls pm me via twitter ke instagram ke or else.

Okay result lagi 4 hari aku rasa nak menangis doakan aku yang terbaik, may Allah ease everything. May Allah bless.

''Dont smile like that, you're cute.'' 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hey, follow my blog maybe? http://nernzaistory.blogspot.com

    ReplyDelete