Tuesday 26 November 2013

Hadiah.

Me, Mak and Abang Nadwan kat Wangsa Walk. Rifhan takde time ni
sbb ada kelas kat UM.

Sebelum ni ada kecoh pasal seorang budak 5A UPSR dapat mini cooper.

dan ramai buat spekulasi pelik-pelik, macam

''Mesti budak tu tak pandai, lepastu bapak dia cabar dia kalau 5A dia dapat mini cooper.''

''Anak dia ni mesti pandai memasakkan.''

Aku tahu yg kedua tu takde kaitan. Tapi ada jugak yg bagi komen negatif.

''Anak dia bukannya boleh bawak kereta, nanti orang lain jugak yang bawak.''

Serta komen yang positif.

''Sekurang-kurangnya anak dia kalau kena marah, nak merajuk luah perasaan boleh masuk kereta tu, pasang air-cond then bukak lagu kuat-kuat. Daripada menangis masuk kereta kancil kau, dah la panas.''

Tapi tak dengar lagi cerita aku. ahaha.

Abang sulung - Nadwan.

Abang aku yang sulung ni mungkin takde kisah menarik pasal tajuk ni kut. Jadi aku tak cerita. 

Abang kedua - Rifhan.

Masa dulu-dulu aku tadika lagi, tah orang cakap yg abang aku ni nakal gila. Masa sekolah rendah dia ada pergi satu tuisyen kat sekolah, dia pergi je mesti kacau budak-budak lain. Cikgu tgh ajar dia menyanyi (suara dia sedap, tak tipu) dia tanya kawan dia dah tgk bola belum. Dan satu masa cikgu tu bagitau mak aku nak berhentikan abang aku ni. Lepastu abang aku berhenti masuk tuisyen lain, dan dia okay. Lepastu dia belajar sungguh-sungguh sebab nak dapatkan keredhaan ibu bapa dan jugak Allah. Kerana berkat kesungguhannya dan nawaitu yang baik, dia pun berjaya dapat 5A (kenapa aku rasa ayat aku mcm poyo gila). Aku pun rasa gila bangga, alhamdulillah. Dan kerana itu, mak aku pun menghadiahkan abang aku -

LIMA CLOUD 9.


Lima A's - So lima cloud 9.


Kenapa mak aku bg cloud 9. sebab mak dengan abang aku tu suka. ahah. dan abang aku suka gila.


Mungkin ada yg akan kata, 


''Setakat cloud 9 aku pun boleh beli. Haha.''

Kau tak tau perasaan bila mak yg bagi. Keberkatan bila mak yg bagi. Abang aku dh jadi alim pun sekarang.

Entah bila aku pulak nak jd. heh.

Aku - Baqiri

Ahah, it's about me right. Aku ni dulu kiranya kalau ada exam, aku akan dapat B dan C untuk subjek sains dan bi, tgk tu aku highlight yg akan tu ahaha. Apa la bodoh sangat aku ni. Lagi satu, aku ni jenis minat keropok Mamee. Semua tau tu apa, aku rasa la, and mak aku pulak tak suka aku makan benda tu jadi aku jarang sangat beli, jarang sangat-sangat. 

Dan pada suatu hari, mak berkata ( aku dulu karangan mantap tau ) .

''Kalau baqiri dapat nombor satu, mak bagi baqiri 15 mamee.''

OMG OMG OMG DAPAT MAMEE KUT KALAU DAPAT NOMBOR SATU.

Alhamdulillah, banyaknya rezeki yg kau limpahkan kepada aku. Tak dapat bayangkan betapa teruja gila aku time tu. dan aku pun berusaha dgn tekun untuk mendapatkan 15 mamee seperti yg dijanjikan. 

Dan masa cikgu nak bg keputusan tu. Dia cakap ah nama sorang-sorang tp nama aku takde jd aku rasa sangat aneh. ( kahkahkah, aneh tu )

''Siapa nama yang cikgu belum panggil lagi, angkat tangan.''

Aku pun angkat tangan

''Siapa yang takde nama tadi dia dapat nombor satu.''

Lepas cikgu cakap mcm tu tiba-tiba automatik keluar lagu kasihan by hujan. Sebenarnya lagu tu takde kaitan pun.

Lepastu aku dapat mamee seperti yg dijanjikan. Sebenarnya aku nak mainan dalam tu je.

Tapi lepastu UPSR four A's and 1 B's. Tapi tak dapat apa-apa tp aku redha, ceh sadis gila.

Sebenarnya, aku taktau hidup aku macam mana tanpa mak, nadwan, rifhan.

Tanpa Abah.

Allah.

                                                                 
                                                                       ********

Ulat 

Ni post tambahan,

Aku duduk dekat KL nak dekat seminggu lebih, lepastu aku pun balik. Mak aku kata bau busuk gila, mula-mula ingat bau sampah tapi rupanya bau tu datang kat peti ais. Rupanya suis tutup, cuba kau bayangkan benda kau letak kat peti ais tu terbiar seminggu lebih tapi tak bukak suis. Mesti akan ada benda hinggap kat makanan tu semua. Amenda?

Ulat.

Lepastu pergi la tanya semua orang dan tak ada yg mengaku. Aku semalam kira tak boleh tidur sebab busuk sangat bau, bau dia kira-kira sedepa daripada pintu masuk rumah tapi kau tak masuk lg, haa mcm tula.

Sebenarnya mak aku rancang nak kemas rumah bila balik ni sebab semak tp terpaksa kena kemas peti ais pulak.

Dan pagi tu aku buat operasi membersihkan semua benda dalam peti ais tu.

Dan aku tak boleh sambung cerita, sebab rasa nak muntah. Kbai.

Assalammu'alaikum.

''Everything is not enough if you kept wanting. You just need to be thankful for the life that Allah give you.''

1 comment:

  1. well hadiah itu sesuatu yg hrus diberi dgn ikhlas bukn?

    ReplyDelete